PASUKAN hoki lelaki kebangsaan tersingkir daripada program Road to Gold (RTG) selepas terkeluar dari ranking Top 10 dunia, bersama empat pemain badminton, iaitu Goh Soon Huat-Shevon Lai serta Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang juga beregu campuran profesional negara.

Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang juga pengerusi bersama RTG dalam satu sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN).

Prestasi hambar Speedy Tiger di Sukan Asia Hangzhou, menyaksikan kemerosotan ranking dunia, apabila tergelincir daripada nombor sembilan kepada 12, manakala Soon Huat-Shevon dan Kian Meng-Pei Jing menjunam jatuh ranking dunia dan semakin jauh dari perlumbaan mata kelayakan Olimpik Paris.

Skuad hoki lelaki negara kini di ranking 12 dunia selepas prestasi kurang memberangsangkan di Sukan Asia Hangzhou.

Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, keputusan menggugurkan tiga calon terbabit akan meningkatkan motivasi mereka untuk terus bangkit dan mengambil semula slot dalam RTG.

“Saya harap mereka yang tersingkir ini akan lebih bermotivasi untuk kembali, begitupun bentuk bantuan lain seperti keperluan fisioterapi daripada ISN (Institut Sukan Negara) kerana mereka masih dalam program Podium.

“Syarat utama dalam RTG adalah ranking 10 terbaik dunia, sedangkan Kian Men-Pei Jing kini di tangga ke-22 dunia manakala Soon Huat-Shevon, 14.

Gandingan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai terkeluar dari program RTG namun berpeluang kembali dimasukkan berdasarkan prestasi semasa mereka.

“Skuad hoki pula selepas tamat Sukan Asia, mereka di ranking ke-12, kita lihat balik presetasi mereka sehingga pusingan kelayakan Olimpik di Oman dan Sepanyol Januari depan,” kata Stuart.

Selain itu, atlet angkat berat negara, Aniq Kasdan dimasukkan ke dalam program RTG untuk persedian Olimpik akan datang.

“Aniq kini berada di kedudukan ke-10 dalam ranking Olimpik yang merupakan sebahagian daripada kriteria RTG.

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengalami kemerosotan prestasi selain dibelenggu kecederaan.

“Dia mempunyai potensi besar untuk meningkatkan prestasi ‘Personal Best’ iaitu 291kg kurang 3kg dengan pencapaian pemenang pingat gangsa Olimpik 2020 iaitu 294 kg,” katanya.

Tambah Hannah, untuk sukan skuasy, jawatankuasa RTG akan berbincang lebih lanjut untuk melihat jenis bantuan yang boleh dibantu kerana sukan berkenaan turut akan dipertandingkan di Olimpik Los Angeles 2028 nanti.

Pengumuman terbaharu Jawatankuasa RTG itu menyaksikan 15 atlet kini berada di bawah program, iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M Thinaah, Toh Ee Wei-Chen Tang Jie, Ng Tze Yong, Lee Zii Jia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dari sukan badminton, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom dari basikal, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dari terjun manakala Mohamad Aniq Kasdan dari acara angkat berat.