GANDINGAN baharu, Choong Hon Jian-Goh Sze Fei mempamerkan prestasi baik pada kejohanan antarabangsa pertama apabila melangkah ke separuh akhir Cabaran Antarabangsa Thailand.
Mereka menjadi wakil tunggal negara di separuh akhir pada Sabtu selepas mengatasi gandingan Taiwan, Li Ming Che-Tang Kai Wei dalam pertarungan tiga set.
Selepas tewas 20-22 pada set pertama, Hon Jian-Sze Fei yang sedar, mereka tiada masa yang panjang dalam menghidupkan peluang memburu mata kelayakan Olimpik bermula Mei depan bangkit dengan permainan lebih meyakinkan.
Pada set kedua, gandingan negara ini menang 21-9 sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan kemenangan 21-17 pada set penentuan.
Pada saingan suku akhir, satu lagi gandingan beregu campuran Akademi Badminton Malaysia (ABM), Yap Roy King-Valeree Siowtunduk kepada pasangan Taiwan, Lee Chia han-Liu Zi Xi 17-21, 21-11, 19-21.
Pada separuh akhir esok, Hon Jian-Sze Fei bakal berdepan pilihan kedua dari Indonesia, Sabar Karyaman-Moh Reza Pahlevi, yang mengatasi satu lagi pemain Taiwan, Chen Zhi Ray-Lu Chen dengan kemenangan 21-17, 21-15.