QUAN Hongchan dan Chen Yuxi dari China memenangi emas Olimpik pertama dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita, apabila beraksi cemerlang di Pusat Akuatik Saint Denis, sekali gus meneruskan penguasaan negara itu dalam sukan terjun di Sukan Olimpik Paris 2024.

Kedua-duanya yang kali pertama digandingkan di pentas Olimpik, namun bukanlah asing dalam acara itu, selepas atlet berusia 17 dan 18 tahun terbabit sudah sembilan mengungguli gelaran dunia sejak bersama pada 2022.

Duo itu memenangi pingat emas selepas mengumpul 359.10 mata, meninggalkan pasangan Korea Utara, Jo Jin Mi-Kim Mi Rae untuk pingat perak dan penerjun Great Britain, Andrea Spendolini Sirieix-Lois Toulson, gangsa.

Pasangan itu mendominasi acara dari awal terjunan, dengan 15 mata di hadapan selepas dua terjunan pertama.

Tetapi dalam tiga terjunan terakhir, darjah kesukaran tinggi yang diguna, menyebabkan pesaing lain gagal menghampiri. -Agensi