PERSATUAN Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) kesal dengan tindakan Melaka United FC (MUFC) yang masih belum menjelaskan tunggakan gaji secara sepenuhnya kepada pemain.
Sehingga hari ini, pemain MUFC masih belum menerima bayaran tunggakan gaji sepenuhnya daripada pihak MUFC. PFAM amat kesal terhadap situasi yang sedang menimpa para pemain.
Untuk makluman, Malaysian Football League (MFL) telah mengesahkan untuk membatalkan slot penyertaan MUFC bagi saingan Piala Malaysia 2022 disebabkan kegagalan MUFC untuk mematuhi notis yang diberikan oleh MFL untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang dihadapi pemain.
“PFAM menyokong sebarang bentuk usaha yang diambil oleh mana mana pihak dalam membela kebajikan pemain.
“Bagi pihak PFAM, laporan telah dihantar secara rasmi ke FAM bagi tujuan perbicaraan. Perbicaraan ini akan dilangsungkan di Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan (NDRC) mengikut waktu yang ditetapkan oleh FAM,” kata kenyataan itu pada Rabu.
Jadikan pengajaran. Siapa ganti slot Melaka United ?https://t.co/xPxAPLnuPu pic.twitter.com/W8cPZFOZOx
— Flash Sukan (@FlashSukan) September 21, 2022
Dalam masa yang sama, PFAM mencadangkan agar pelepasan khas diberikan kepada pemain MUFC yang terkesan akibat isu tunggakan gaji untuk mewakili mana mana pasukan yang layak untuk menyertai saingan Piala Malaysia 2022. Namun perkara ini tertakluk kepada budi bicara MFL.
“Walau bagaimanapun, PFAM menggesa agar suatu tarikh perbicaraan dapat disegerakan oleh NDRC bagi tujuan pembelaan terhadap pemain dapat dilakukan secepat yang mungkin.
“Proses perbicaraan perlu dilaksanakan dalam waktu terdekat agar suatu keputusan rasmi oleh FAM dapat dikeluarkan untuk menangani masalah ini,” katanya lagi.