PENJAGA gol berpengalaman Perancis, Hugo Lloris yang pernah membawa Perancis menjulang Piala Dunia 2018 mengumumkan persaraan dari kancah bola sepak dunia.

Menurutnya, sudah tiba masanya skuad Perancis menggunakan khidmat beberapa penjaga gol lain yang memiliki kredibiliti tersendiri.

Keputusannya ini akan membuka peluang kepada bakat baharu penjaga gawang pasukan tersebut untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

“Ada satu masa yang kita sedar yang telah tiba masa untuk melepaskan. Saya tak nak jadikan ianya kepunyaan saya.

“Sering saya katakan yang pasukan Perancis bukanlah milik siapa-siapa dan saya pastikan semua ini adalah benar,” kata Lloris.

Lloris turut memberi gambaran sudah ada penjaga gol yang  bersedia  menggantikannya iaitu Mike Maignan.

“Saya rasakan, yang pasukan ini sudah bersedia, malah ada juga penjaga gol yang sudah bersedia (menggantikan saya – Mike Maignan).

Dalam perkembangan sama, Maignan juga menjelaskan dia mahukan masa untuk berehat menjadi sebab kenapa dirinya mahu meninggalkan skuad Perancis.

“Saya rasakan yang saya perlu luangkan lebih banyak masa bersama-sama isteri dan juga anak-anak.

“Saya lebih gemarkan keluar ketika sedang berada di puncak berbanding ketika kudrat sudah tidak kuat atau terlalu banyak saingan,” ujar Lloris lagi.