PEMENANG pingat emas Olimpik pasukan Great Britain, Sir Bradley Wiggins berisiko untuk diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik hutang hampir £1milion (RM5.74 juta).

Juara pingat emas berbasikal Olimpik lima kali itu telah berada dalam Individual Voluntary Arrangement (IVA) sejak Julai 2020 yang bertujuan untuk membantunya melunaskan hutang kepada pemiutang.

Namun, pihak likuidasi telah mendedahkan mereka masih belum menerima pembayaran berjumlah £979,953 (RM5.62 juta) yang mereka tuntut dari Wiggins pada 2022 untuk membayar pinjaman daripada seorang pengarah.

Jurucakap Wiggins berkata dia membantah tuntutan itu. Menurut pihak likuidasi, bekas pelumba berbasikal itu akan membayar balik sekitar £600,695 (RM3.45 juta) melalui penjualan sebuah hartanah di Sepanyol.

Bradley Wiggins. Foto kredit: Getty Images

Tanda dagangan Wiggins dengan namanya sendiri dan nama panggilan ‘Wiggo’ juga telah dijual. Pemenang Tour de France 2012 ini telah diberikan ‘notis pelanggaran’ syarat-syarat perjanjiannya.

Pihak likuidasi dalam laporan menyatakan: “Malangnya, penyelia bersama telah memberitahu pemiutang… jika pelanggaran tidak diperbaiki maka IVA boleh ditamatkan.”

“Jika IVA dihentikan, pengarah mungkin tertakluk kepada prosiding kebankrapan dan ini berpotensi meningkatkan jangka masa yang dijangkakan untuk memulihkan akaun pinjaman pengarah yang belum dibayar. Saya menjangkakan penamatan IVA ini harus disahkan dalam beberapa bulan lagi”.

Wiggins Rights Limited, perusahaan induk dari Pasukan Wiggins yang berusia 43 tahun sudah tidak lagi beroperasi memasuki pembubaran pada September 2020. Bekas bintang Team Sky ini memberi respon dengan menjanjikan tindakan undang-undang walaupun menyatakan peguamnya mengalami ‘kesulitan’ dalam mengakses dokumen.

Foto kredit: Getty Images

“Ia perkara yang sangat bersejarah, yang melibatkan kecuaian professional dari (orang lain) dan meninggalkan kesan kepada nama saya di depannya untuk diselesaikan. Ia sering terjadi kepada beberapa ahli sukan ketika mereka bekerja keras, dan pada itu akan ada beberapa tuntutan undang-undang dari peguam saya”.

Wiggins merupakan salah seorang atlet hebat Great Britain. Dia telah meraih lima pingat emas Olimpik sepanjang karjanya, bermula pada Olimpik 2004 dalam acara individu. Pada Sukan Olimpik 2008, Wiggins memenangi dua emas dan kemudian di Sukan Olimpik London 2012 dia memenangi Road Time Trial.

Pingat emas terakhirnya diperoleh pada Sukan 2016 di Rio. Setakat ini, pencapaian terbesar dalam kerjayanya adalah menjadi pemenang British pertama Tour de France 2012. Dia kemudian dinobatkan sebagai BBC Sports Personality of the Year pada tahun yang sama.