“FIRST of all, it’s solely my own decision to continue playing when my coaches wanted me to stop. I hope my stubbornness will not lead to any misunderstanding. I just wanted to say sorry and thanks them for always supporting me,” antara petikan status Instagram di ig story milik Pearly Tan berikutan penarikan diri dia dan pasangna M Tinaah pada pusingan kedua Terbuka Jepun pada Khamis.
Sejurus menarik diri semalam, Pearly kelihatan menangis ketika dipapah Tinaah untuk duduk di kerusi sorong (wheel chair), dan menundukkan kepalanya, mengundang sebak peminat melihatkan kesungguhannya untuk memenangi perlawanan ketika menentang pemain Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim.
Sementara Tinaah menerusi Instastorynya, merayu kepada peminat supaya tidak menyalahkan sesiapa.
“It was our decision to keep playing the match, please don’t blame anyone for our decision. Coaches advised us to stop earlier but we wanted to move on and keep giving our best, but I’m also sorry @pearlytan that I couldn’t do much to cover you.
“In the end, we had to retire. Everything happens for a reason. Appreciate the support and understanding. We will come back stronger than ever,” kata Tinaah.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Manaiky berkata, beliau yang berada di atas tribune berteriak kepada dua jurulatih Hoon Thien How dan Tan Bin Shen yang berada di tepi gelanggang, meminta Pearly dan Tinaah menghentikan permainan, namun gandingan beregu Wanita nombor satu negara itu mahu meneruskan.
“Berdasarkan pemerhatian saya, kecederaan itu tidak serius. Namun dia perlu dirujuk ke ISN (Institut Sukan Negara) untuk pemeriksaan lanjut,” kata Rexy.
Katanya, dua pemain itu akan menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur malam ini.
Pearly mengalami kecederaan tendon hamstring ketika menentang Ha Na-Yu Lim.
Gandingan itu menang set pertama 21-13, tewas set kedua 19-21 sebelum menarik diri pada set penentuan ketika ketinggalan 11-16.