IBARAT ‘cucu melawan datuk’, begitulah gambaran yang sesuai diberikan ketika skuad negara berada di pentas final menentang China dalam acara Arena Of Valor (AOV).

Kejayaan meraih pingat perak dianggap satu keputusan terpuji buat pemain negara yang terdiri daripada atlet muda.

Pengurus pasukan, Wong Kang Woon berkata, tidak mudah untuk menundukkan gergasi namun pemain e-sukan negara telah membuktikan mereka berani.

“Sebenarnya, China adalah giant dalam acara ini AOV.

“AOV sudah 7-8 tahun di China, berbanding kita baru 5 tahun, bagai cucu menentang datuk,” kata Kang Woon.

Pada final AOV itu, skuad negara dibarisi Lai Chia Chien, Nicholas Ng, Ong Jun Yang, Eng Jun Hao, Yong Zhen Quan dan Chong Han Hui tewas 2-0 kepada China yang dibarisi Xu Bicheng, Sun Linwei, Luo Siyuan, Lin Heng, Jiang Tai dan Chi Xiaoming.