MD Ibrahim Md Norrodin dari SIC Racing meraih tempat podium di tempat pertama dalam Perlumbaan 1 Supersports 600cc.
Pelumba Malaysia yang menaiki YAMAHA YZF-R6 itu yang berseteru dengan Khairul Idham Pawi berjaya menembusi rentaknya pada pusingan akhir apabila dia mencatatkan masa 21:52:255s.
Sepanjang perlumbaan, Khairul mempamerkan ketangkasan apabila melonjak ke hadapan dan mendahului untuk tujuh pusingan berturut-turut.
Pada pusingan ke-8 Ibrahim memecut untuk mengambil alih posisi tetapi gagal apabila Khairul muncul di hadapannya sekali lagi.
Namun begitu, Ibrahim tidak berhasrat untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Dia mengumpul kekuatannya dan membuat langkah berani pada pusingan terakhir, memintas dan melintasi garisan penamat mengatasi Khairul.
“Ia adalah sukar dan bagus kali ini. Walaupun saya menghadapi beberapa masalah mekanikal dengan jentera semasa kelayakan, saya tidak boleh terlebih gembira untuk mengalahkan Khairul.
“Strategi saya adalah untuk merapatkan jurang dengan pelumba HONDA dan menjelang penghujung perlumbaan, saya gembira dapat melakukannya,” katanya.
Khairul dari Boon Siew HONDA Racing Team mendapat tempat kedua, 21:52:58 manakala rakan sepasukannya, Azroy Hakeem Anuar berada tempat ketiga, 21:52:57.
Keputusan Sementara Perlumbaan 1:
Super Sports 600cc – 5 Penunggang Teratas:
Md Ibrahim Md Norrodin, SIC Racing, 21: 52: 255s
Khairul Idham Pawi, Boon Siew HONDA Racing Team, 21: 52: 789s
Azroy Hakeem Anuar, Boon Siew HONDA Racing Team, 21: 52: 987s
Md Helmi Azman, Boon Siew HONDA Racing Team, 21: 53: 877s
Andi Farid Izdihar, ASTRA HONDA Racing Team, 21: 54: 810s