TEPAT pada masanya!
Dikala namanya menjadi sebutan di media massa dan media sosial, Ifedayo Olusegun kembali menjaringkan dua gol untuk membantu Melaka United menewaskan Selangor FC 2-0 dalam aksi di Stadium Hang Jebat.
Kembalinya Ifedayo Olusegun dalam kesebelasan utama Melaka United memberikan mimpi ngeri kepada bekas pasukannya yang masih gagal mendapatkan kemenangan dalam dua perlawanan.
Kedua-dua pasukan beraksi hambar pada babak pertama sebelum Ifedayo memberikan kegembiraan kepada 2,200 penyokong yang hadir menerusi jaringan pertama pada minit ke-39.
Selangor jelas bergelut dengan prestasi dan gagal mempamerkan aksi sebenar hingga mudah Melaka United mengawal perlawanan terutama di babak kedua.
Penyerang kelahiran Nigeria itu sekali lagi menggegar gawang Selangor untuk gol keempat peribadinya dalam Liga Super musim ini sekali lagi hasil serangan balas yang cukup pantas untuk Melaka United selesa dihadapan pada minit ke-57.
Kedudukan 2-0 kekal hingga wisel penamat sekaligus memberikan Melaka United empat mata penting dan semakin mendaki kedudukan Liga Super.
Kemenangan ini melonjakkan Melaka United ketangga kelapan dengan 12 mata manakala Selangor kekal di tangga ketujuh juga dengan 12 mata tetapi dibezakan perbezaan jaringan