SEBELUM ini pernah tular mengenai kisah percintaan antara pemain bola sepak Singapura, Irfan Fandi Ahmad dengan kekasih pilihannya Anntonia Porsild seorang peragawati kelahiran Thailand.

Irfan yang juga beraksi sebagai penyerang utama BG Pathum United telah menggunakan laman sosial peribadi Instagramnya untuk mengucapkan mesej berbaur romantik atas kejayaan Anntonia meraih gelaran Naib Juara Miss Universe 2023.

Untuk mengulas lebih lanjut mengenai hubungan mereka, anak kedua kepada Fandi Ahmad iaitu Ikhsan Fandi telah memberi beberapa kenyataan yang melihatkan keakraban antara dirinya bersama teman wanita abangnya itu.

“Ya saya pernah bertemu dengan Anntonia dan sudah ‘lepak’ beberapa kali dengan dia sebelum ini. Jadi saya nampak dia seorang wanita yang baik.

“Dia tidak mengganggu konsentrasi abang saya dan kami juga tahu bagaimana untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang profesional.

“Anntonia juga sudah memahami dan mendalami kerjaya abang saya jadi setakat ini semuanya okay sahaja,” ujarnya kepada FLASH SUKAN.

Dari riak wajahnya ketika di temubual oleh wartawan, Ikhsan jelas gembira dengan hubungan yang terjalin antara Irfan bersama Miss Universe itu sejurus kita hanya perlu mendoakan agar mahligai cinta mereka akan terbina dengan mudahnya kelak.