“KEPUTUSAN ‘merehatkan’ Datuk Misbun Sidek adalah sama pada hari saya meletakkan jawatan sebagai Presiden BAM. In fact, saya akan mempercepatkan lagi tempoh perletakan jawatan saya by end of this year”.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata demikian dalam sidang media pada Rabu bagi menjelaskan situasi sebenar mengenai pemecatan Misbun sebagai bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, Akademi Badminton Malaysia (ABM). 

Malah beliau juga mendedahkan bahawa ‘miscommunication’ menjadi punca konflik yang berlaku antara persatuan itu dengan Misbun .

Norza hormati Misbun sebagai seorang legenda.

Jelas Norza, hubungan beliau dengan Misbun adalah sangat baik.

“Pertama kali, saya nak nyatakan bahawa kita (BAM) mendengar apa keluhan daripada Misbun dan tidak menafikan bahawa beliau banyak berjasa dalam badminton negara.

“Hubungan saya dan Datuk Misbun Sidek sangat istimewa dan saya takkan ‘disrespect’ beliau kerana beliau adalah seorang legend,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai isu yang berlaku, Norza menyatakan semuanya bermula pada akhir tahun 2022 sewaktu World Championship di Sepanyol yang mana beliau telah ditekan oleh Ahli Majlis  berikutan tidak memperoleh pencapaian yang ditetapkan di bawah kendalian Misbun.

Namun begitu, beliau tetap memberikan kepercayaan kepada Misbun untuk membawa atlet remaja ke peringkat yang lebih tinggi dan prestasi tidak memberangsangkan berlaku sehingga di Asia World Championship.

“Proses menamatkan perkhidmatan Datuk Misbun adalah daripada Task Force dan dimaklumkan kepada saya bahawa beliau telah menerima keputusan itu.

“Datuk Misbun call saya pada 26 Julai dan ucapannya seperti yang dikatakan oleh Datuk Subramaniam kepada saya di mana beliau menerima keputusan BAM.

“Kalau ketika itu Datuk Misbun katakan dia tak setuju, saya akan terus jumpa dia. I’ll never disrespect him,” ujar Norza.

Lee Chong Wei mengharapkan konflik ini segera selesai

Dalam pada itu, bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wee menegaskan tidak berpihak kepada mana-mana pihak sebaliknya beliau percaya dengan keputusan yang dilakukan oleh pihak BAM demi kebaikan atlet-atlet dibawah persatuan itu.

“Saya tidak memihak kepada siapa-siapa kerana saya bekas atlet. Tetapi BAM akan buat yang terbaik untuk atlet kita. Saya harap perkara ini akan selesai secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini, BAM membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Misbun atas persetujuan bersama membuat persetujuan bersama Misbun berikutan prestasi buruk skuad badminton negara di Kejohanan Remaja Asia.

Namun begitu, kenyataan tersebut disangkal oleh Misbun dan menegaskan beliau diberhentikan tanpa ‘mutual understanding’ seprti yang di maklumkan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Misbun Sidek dedah ‘Untold Story’, “Semua keputusan sudah diatur”

Misbun terkilan dengan Norza, “Dulu masa dia nak, saya dijemput”