PEMAIN muda prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Hanapi mengukuhkan kedudukan selaku pemain penting bersama kelab gergasi Malaysia ini apabila menurunkan tandatangan kontrak baharu dengan tempoh yang panjang.

Difahamkan kontrak baharu tersebut sehingga 2028 yang bakal menyaksikan Arif akan terus menambah pengalamannya bersama skuad Harimau Selatan ini.

“Alhamdullilah. I am honoured to have the opportunity with JDT for few more years. I’m proud and happy to be at this club since day one.

“I will try to be better from year to year, InsyaAllah. 2023 is the year that gives me more unforgettable memories with this club. Junjung kasih Tunku atas segalanya,” tulis Arif Aiman di Instagramnya selepas menandatangani kontrak baharu.

Sebelum itu, laman rasmi media sosial Johor Southern Tigers memuatnaik perkongsian Arif menandatangani kontrak baharu, yang disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards.

“Arif, 21 tahun yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai musim 2021 dan 2022 melakukan debut dengan skuad senior pada Mac 2020. Arif menyertai Akademi JDT pada 2018 dan dinaikkan pangkat dari pasukan JDT IV, JDT III dan JDT II hingga ke skuad senior. Luaskan Kuasamu Johor.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Arif Aiman Hanapi telah melanjutkan kontrak selepas musim 2023 yang mengagumkan di mana pemain muda itu menjaringkan 24 gol dan melakukan 19 bantuan jaringan.”

Foto Kredit: OfficialJohor