FOTO : IMIGRESEN FC

IMIGRESEN FC (IFC) bagaikan memberi amaran kepada pesaing selepas berjaya merampas puncak Liga MBSB Bank Championship 2023 hasil kemenangan 3-2 ke atas Malaysian University di UM Arena, Petaling Jaya pada Sabtu.

The Mighty Tigers memiliki kelebihan satu mata ke atas pencabar terdekat, Kuala Lumpur Rovers yang mengalami kekalahan mengejut di Manjung tempoh hari.

Pada aksi di UM Arena, anak buah Mat Zan Mat Aris memastikan tiga mata menjadi milik mereka selepas mendapat gol sendiri menerusi Saiful Iskandar m-16 sebelum penyerang sensasi, Azim Rahim dan N Jayabilaarivin masing-masing menjaringkan satu gol, manakala tuan rumah dijaringkan Wan Aqil Hakimi dan N Thinesvarman.

Bisa jaringan Azim (tengah) terus menjadi bersama Imigresen.

Apa yang boleh dilakukan oleh pasukan Imigresen adalah untuk terus merendah diri dan fokus satu demi satu perlawanan pada baki dua permainan.

Ini kerana pasukan pencabar terdekat pastinya tidak akan tercicir banyak mata lagi dalam beberapa perlawanan terakhir dalam usaha memburu kejuaraan mutlak musim ini yang menawarkan tiket ke Liga Super 2024.

Kedudukan carta bakal kembali bertukar seandainya KL Rovers mengatasi cabaran Armed Forces FC dalam saingan ke-23 mereka di Stadium MINDEF, Kuala Lumpur pada Isnin petang.