TATKALA tumpuan terarah kepada pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia yang diharapkan untuk memperoleh kemenangan namun hasrat tersebut tersekat setelah dia tewas mengejut dalam pertarungan tiga set 19-21, 21-19 16-21 menentang Muhammad Rian Rhustavito pada Pusingan 16 Badminton Terbuka Malaysia 2022.
Pemain kelahiran Alor Star Kedah itu mengakui Rhustavito adalah lawan yang sukar pada hari ini.
Jelasnya, dia menjelaskan perseorangan Indonesia itu mempamerkan persembahan terbaiknya dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena.
“Saya rasa Vito hari ini bermain dengan bagus sekali. Sebelum ini agak sukar, saya rasa dia memang lawan yang sukar buat saya.
“Saya rasa tidak menyesal untuk saya. Sekali saya menetapkan untuk bermain, saya akan bermain sepenuh hati. Memang banyak lagi yang tidak cukup, kita kena akuilah,” kata Zii Jia selepas perlawanan.
Sementara itu, Anna Cheong dan Teoah Mei Xing yang tidak diletakkan sebarang harapan mempamerkan aksi memukau dengan kemenangan rubber set 18-21 21-12 21-15 bertemu gandingan Korea Selatan, Lee So Hee dan Shin Seung Chan.
Menurutnya, mereka berjaya mengambil kesempatan daripada kelemahan lawan yang tidak selesa bermain dengan angin yang kuat untuk menang dalam perlawanan tersebut.
“Strategi kami dekat homeground, angin itu besar, pasangan lawan tak selesa dengan angin, kami ada kelebihan dengan angin, kami guna angin punya strategi untuk menang dengan mereka,” ujar pasangan ke-44 dunia itu.
Tambahnya, mereka kurang merasai tekanan kerana penonton lebih memberikan tumpuan kepada perlawanan antara Lee Zii Jia menentang Rhustavito.
Kemenangan tersebut merupakan prestasi dan pencapaian terbaik mereka sepanjang tahun 2022.
Beraksi sebagai underdog, mereka lebih selesa menampilkan aksi terbaik mereka menentang samada beregu Thailand atau Korea yang masih belum membuat perhitungan.