PASUKAN e-sports Indonesia mencipta sejarah apabila muncul juara sulung Kejohanan E-Asian Cup 2023 selepas menewaskan Jepun pada aksi final yang berlangsung di Doha, Qatar pada Isnin.
Dalam aksi dua perlawanan e-football itu, Indonesia diikat 1-1 pada perlawanan pertama sebelum menang penentuan penalti 3-2 dan menang 1-0 pada perlawanan kedua untuk bergelar Raja #eAsianCup 2023.
Skuad yang diwakili Elga Cahya Putra, Rizky Faidan dan Akbar Paudie mempamerkan aksi yang hebat sejak dari peringkat kumpulan dan berjaya menyerap tekanan Jepun untuk akhirnya membawa khabar gembira buat para penyokong skuad Garuda.
✨ 𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍𝐒✨
The come. They play. They conquer.
🇮🇩 Indonesia are the first-ever #eAsianCup champions!#AsianCup2023 | #HayyaAsia pic.twitter.com/bcwbtVVMWq
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 5, 2024
“Terima kasih kepada penyokong Indonesia atas doanya. Syukur akhirnya kita menjadi juara. Kami kehilangan kata-kata dan kemenangan ini adalah milik anda semua,” kata mereka sejurus menjulang trofi kejuaraan.
Laman sosial X meriah dengan komen-komen dari para penyokong Indonesia yang jelas berbangga dengan kejayaan ini dan mahukan kejayaan ini diteruskan dengan layak ke Piala Asia 2027 sebagai juara bertahan.
Sebagai rekod, sebanyak 24 pasukan bertanding dalam #eAsianCup kali ini dengan skuad Harimau Malaya tersingkir di peringkat kumpulan selepas tidak berjaya menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik.