PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengumumkan Indonesia akan menjadi tuan rumah Piala Dunia B-17 2023.
Lapor kenyataan Fifa pada Sabtu malam, Indonesia akan menggantikan Peru.
“Majlis juga melantik Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-17, Colombia sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia Wanita B-20 2024, Republik Dominican sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia Wanita B-17 Fifa 2024 dan Uzbekistan sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia Futsal 2024. Penganjuran bagi setiap pertandingan akan diumumkan mengikut masa yang dipersetujui,” menurut laporan Fifa
Pada awalnya, kejohanan ini bakal berlangusng di Peru bermula dari 10 November hingga 2 Disember 2023.
This year’s #U17WC will be held in Indonesia! 🇮🇩 pic.twitter.com/wPNRjCowFr
— FIFA (@FIFAcom) June 23, 2023
Bagaimanapun, Fifa kemudiannya membatalkan status Peru sebagai tuan rumah kerana Peru disifatkan belum bersedia dari segi infrastruktur.
Sementara itu, Indonesia pada asalnya menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 2023. Fifa turut membatalkan status penganjuran Indonesia kerana keadaan yang tidak kondusif selepas penolakan pasukan kebangsaan Israel.
Argentina menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 2023 yang berlangsung dari 20 Mei hingga 11 Jun lepas dengan menyaksikan Uruguay berjaya menjadi juara dalam acara ini.
Selepas pembatalan penganjuran Piala Dunia B-20 2023, Indonesia masih diberi peluang oleh Fifa untuk menjadi tuan rumah. Piala Dunia B-17 sedang bersiap sedia untuk diadakan di Indonesia berkemungkinan pada penghujung tahun ini.