PEMAIN veteran negara, Indra Putra Mahayuddin mengakui bahawa keazamannya merupakan antara faktor dia masih lagi aktif bermain dalam saingan Liga Malaysia.

Meskipun usianya mencecah usia 43 tahun, Indra masih mampu untuk memberi yang terbaik kepada pasukannya.

“Itu semua datang daripada keazaman itu sendiri dan saya rasa bola sepak dah sebati  dan saya beri apa yang ada dan menikmati suasana itu.

Sebagai ketua pasukan, ia adalah tanggungjawab yang besar dan kena tunjukkan kepimpinan dalam padang dan saya dapat tunjukkannya.

“Saya juga dapat beri keyakinan kepada pemain-pemain lain, itu yang amat penting. Saya berharap pemain-pemain lain dapat belajar dengan apa yang saya tunjuk.

Indra juga mengakui bahawa dia antara pemain yang mempengaruh keputusan Amri Yahyah untuk kembali bermain secara profesional dan berasa bersyukur dengan kehadirannya dalam pasukan.

“Saya bersyukur dengan kehadiran Amri kerana dia dapat membantu pasukan PT Athletic dan semua pemain dapat bersama belajar dengan Amri dan itu yang membuat chemistry dalam pasukan kami ini baik.

“Amri mempunyai watak dan sikap yang nakalnya namun dia antara yang masih berbisa dan masih tajam untuk menghasilkan gol,” tambahnya lagi.

Indra dan Amri menjaringkan gol untuk PT Athletic untuk menewaskan Bukit Tambun FC dengan keputusan 3-1 pada Sabtu.