PENJAGA gol Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi mencuri tumpuan pada aksi pertama Piala FA selepas menyelamatkan sepakan penalti pemain Kedah Darul Aman FC.

Disebalik prestasi cemerlang itu, Shafiq berkongsi rahsia dengan melekatkan nota pada pergelangan tangannya yang merupakan arahan daripada jurulatih penjaga gol.

“Terima kasih atas kepercayaan diberikan jurulatih dan perlawanan semalam akan kekal menjadi antara detik paling manis dalam karier saya,” katanya.