FINALIS Euro 2021, England bakal bertemu Perancis dalam saingan suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt awal pagi Ahad nanti.
Bagi menghangatkan suasana, bekas pemain pertahanan The Three Lions Jamie Carragher meramalkan pemenang perlawanan ini yang dipengaruhi oleh seorang pemain.
Menurutnya, dari segi rekod pertemuan, England masih lebih dominan dengan 17 kemenangan berbanding sembilan kemenangan Perancis. Bagaimanapun, perlu diingatkan juga bahawa dalam lapan pertemuan terakhir England hanya mampu menang sekali manakala Perancis menang lima.
Sebagai penyokong England, namun kali ini dia memilih Perancis untuk menang atas satu faktor.
▪️ Ligue 1 top scorer (12)
▪️ UCL joint-top scorer (7)
▪️ World Cup top scorer (5)Kylian Mbappé is leading everywhere he goes 💫 pic.twitter.com/anzhp2hHC7
— B/R Football (@brfootball) December 7, 2022
“Adakah hati atau fikiran saya membuat keputusan? Saya akan memilih Perancis, yang mempunyai sedikit kelebihan berbanding England.
“Semuanya terima kasih kepada Kylian Mbappe. Tanpa dia, England akan menjadi pasukan pilihan,” kata bekas pemain Liverpool itu kepada Daily Telegraph, dipetik Metro.
Mbappe sememangnya tampil mengagumkan bersama Perancis setakat ini, mengumpul lima gol dan dua assist. Dia membawa Perancis apabila dia menyingkirkan Poland dengan menjadi pencipta gol pertama, kemudian menjaringkan dua gol seterusnya.