SUSULAN insiden yang didakwa berlaku di kawasan teknikal Stadium Jalan Besar semasa dan selepas perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) antara Lion City Sailors FC dan Tampines Rovers FC pada 24 Julai 2022, pemain dan jurulatih dikenakan hukuman.

Menurut kenyataan daripada Pengarah Pertandingan, Persatuan Bola Sepak Singapura, Aloysius Vetha, selepas menonton rakaman dan perlawanan, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mendakwa pihak yang disenaraikan atas kesalahan salah laku.

Mereka yang dituduh adalah, Kim Do Hoon (Ketua Jurulatih Lion City Sailors), Mustafic Fahrudin (Penolong Jurulatih Tampines Rovers ), pemain Lion City Sailors dan Tampines Rovers serta penonton Lion City Sailors.

Pertuduhan itu telah dimaklumkan kepada kedua-dua kelab dan pihak yang dinamakan mempunyai masa sehingga Rabu, 27 Julai 2022, 6 petang  untuk memberikan jawapan bertulis mereka (jika ada) bagi pertuduhan masing-masing kepada Jawatankuasa Tatatertib (DC).

“Mesyuarat DC akan diadakan pada Khamis ini, 28 Julai 2022, untuk semua kes didengar.

“Tiada ulasan lanjut akan dibuat sehingga proses kehakiman selesai,” kata kenyataan itu.