IPSWICH Town memastikan mereka kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 22 tahun dengan kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield Town pada hari terakhir musim Liga Kejuaraan.

Skuad kendalian Kieran McKenna hanya perlu keputusan yang lebih baik daripada Leeds United ketika pasukan kendalian Daniel Farke di tempat ketiga berdepan Southampton, tetapi pasukan Yorkshire itu tewas 2-1 untuk memastikan nasib playoff mereka.

The Tractor Boys bagaimanapun, mengesahkan kenaikan pangkat automatik dengan gol daripada Wes Burns dan Omari Hutchinson, dua pemain sayap mereka, kerana keputusan itu turut menyebabkan Huddersfield Town tersingkir ke League One (Divisyen Ketiga).

Omari Hutchinson meraikan gol. (Sumber Gambar: Getty Images)

Ipswich Town merupakan pasukan pertama untuk naik pangkat secara automatik berturut-turut dari League One ke Liga Perdana Inggeris semenjak Southampton melakukannya pada 2012.

“Ia adalah situasi yang hebat,” kata legenda Ipswich Mick Mills kepada BBC Radio Suffolk.

“Saya berasa kasihan kepada Kieran McKenna kerana dia diselubungi oleh peminat. Ini adalah satu gambar yang hebat, asap biru, penyokong.

Penyokong Ipswich memasuki padang selepas perlawanan untuk meraikan kejayaan pasukan. (Sumber Gambar: Sky Sports)

“Saya benar-benar gembira. Saya fikir apabila kami terperangkap dalam divisyen yang sama selama empat tahun, saya terfikir sama ada kami akan kembali untuk Liga Perdana Inggeris.

“Saya membesar menghubungkan mereka ke peringkat teratas. Kami akan menjadi sebahagian daripada pasukan besar dalam liga yang besar.

“Di situlah kami sepatutnya berada, itulah yang telah diberikan oleh pengurusan dan pemain kepada kami. Kata-kata saya untuk Kieran McKenna – terima kasih.”

Selain Ipswich Town, Leicester City juga akan kembali bermain dalam Liga Perdana Inggeris musim hadapan manakala slot terakhir promosi akan ditentukan oleh empat pasukan iaitu Leeds United, Southampton, West Brom dan Norwich City menerusi playoff.