INSTITUT Sukan Negara (ISN) menyertai jemputan daripada Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk hadir dalam 34th International Invention,Innovation & Technology Exhibition, ITEX’23 baru-baru ini.

Cawangan ISN Tech sebagai Pusat Kecemerlangan Teknologi Sukan Kebangsaan dan Sandbox Teknologi Sukan NTIS mewakili ISN hadir ke program tersebut sekaligus menyatakan sokongan penuh ke atas program tersebut.

Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi ISN, mereka turut bersedia untuk berganding bahu dan berkolaborasi sebagai usaha mengembangkan lagi produk yang sedang dibangunkan oleh LGM iaitu Environtmentally Friendly Running Track.

Dalam masa yang sama, projek yang dilakukan oleh Dr Mohamad Asri juga berjaya dimenangi dan mendapat Emas dalam program itu.

Turut bersama ketika program diadakan ialah Ketua Pengarah LGM, Dr Zairossani Mohd Nor.