LAMBAKAN ‘page’ berbentuk laporan sukan terutama bola sepak semakin banyak memandangkan sukan ini adalah pilihan nombor satu masyarakat di negara ini dan lebih mudah untuk mendapat tanda suka dan ‘engagement’ berbanding sukan lain mahupun bidang lain.

Tidak dinafikan kewujudan ‘page-page’ ini menambah kemeriahan sukan itu sendiri tetapi etika kewartawanan ditolak ketepi hanya kerana inginkan perhatian netizen dan perkara ini perlu diambil serius oleh semua pihak.

Memetik ciapan hos Astro Arena, Hafizal Hamad yang menyatakan masih banyak laman bola sepak di luar sana yang ‘kerja mudah’ dengan hanya mencedok ‘content’ hasil usaha orang lain tanpa memberikan kredit kepada tuan punya kandungan asal.

“Alhamdulilah sesi Interview tempoh hari dapat jugak bantu rakan-rakan portal dapat ‘content’. Ada yang bagi kredit ada yang selamba je ‘pick up’. Ini Etika Kewartawanan. Senang duduk relax cedok story,” tulisnya di laman sosial X peribadinya.

Perkara ini juga terjadi kepada FLASH SUKAN apabila kandungan kami dengan selamba disalin dan ditampal di laman-laman ini tanpa sebarang kredit pun diberikan seolah-oleh mereka berada di venue yang berlangsung.

Kami tidak pernah melarang penggunaan semula artikel atau gambar-gambar yang kami terbitkan malah gembira kerana laman ini menjadi wardah informasi buat penyokong bola sepak tetapi silalah letakkan sedikit kredit di penghujung ‘posting’ anda. ‘Copy and paste’ memang mudah tetapi sayang tidak pandai bagi kredit. Memalukan.

Pihak kami mengambil serius isu cedok mencedok ini kerana kami adalah media yang berdaftar tetapi dengan mudah hasil kerja kami dicedok tanpa kredit. Belajarlah erti orang memberi kita merasa.

Belajar juga etika kewartawanan dan hentikan budaya mencedok tanpa kredit kerana ianya adalah amalan yang salah dan tidak diberkati. Please stop copy and paste without credit.