PERJUMPAAN kali kedua antara bekas Ketua Jurulatih Perak FC Datuk Lim Teong Kim dengan Perak FC yang membuat representasi berkenaan pemecatan yang tidak sah pada 24 Mei lalu terus menemui jalan buntu.
Pertemuan yang dihadiri peguam Teong Kim, Adam Yap serta Ketua Pegawai Operasi Perak FC, Meor Azli Meor Mahmood di Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak bagaimanapun berlangsung harmoni.
“Perbincangan kami hari ini untuk perdamaian saya katakan tidak capai persetujuan. Kita akan cuba lagi sebelum 26 Ogos ini.
“Berkaitan soalan anda (media) yang tanya belum tercapai, yang ini saya tidak boleh maklumkan kerana apa yang kita bincang saya tidak boleh (dedah) harap anda faham,” katanya dalam sidang media bersama wartawan di Ipoh pada Khamis.
Diajukan pertanyaan sekiranya pertemuan berikutnya menemui kegagalan, Teong Kim akui perkara ini bakal dirujuk ke mahkamah.
“Akan ada lagi (perjumpaan) terakhir… pergi ke mahkamah jalan terakhir. Tapi kami tidak mahu sampai ke sana, berharap mereka akan membuat satu perdamaian,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : “Datang dengan baik, nak tinggalkan Perak FC dengan baik”, Teong Kim tuntut baki gaji
"Perbincangan kami hari ini untuk perdamaian tidak mencapai kata persetujuan. Kita akan cuba sekali lagi sebelum 26 Ogos 2023.
"Kami tidak mahu sampailah ke sana (mahkamah), saya harap mereka (Perak FC) akan buat satu perdamaian.
Bekas jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim pic.twitter.com/hkOCFXlzaR
— Flash Sukan (@FlashSukan) August 3, 2023
Sementara itu, jelas Adam, secara amnya kedua-dua pihak memang ada berbincang tetapi tak mencapai satu keharmonian setakat ini.
“Jadi usaha akan dibuat sekali lagi jabatan ini mencapai satu keharmonian perusahaan, kalau tidak tercapai ikut undang-undang perkara ini akan dirujuk ke mahkamah.
“Jadi apabila sampai di Mahkamah Perusahaan dan segala keterangan lisan, dokumentari dan mahkamah akan buat sewajarnya,” katanya.
Terdahulu, Teong Kim tampil menuntut haknya, serta menggesa baki bayaran gaji selama 16 bulan sehingga September 2024, dilunaskan oleh pengurusan pasukan berkenaan.
Untuk rekod, Perak hanya memenangi dua perlawanan Liga Super selain seri tiga kali dan tewas tujuh kali, di bawah kendalian Teong Kim.
ARTIKEL BERKAITAN : Representasi Teong Kim, “Perak FC tidak berhutang bayaran pekerja, pemain atau jurulatih”