JACKIE Wong gagal mempertahan pingat emas baling tukul besi lelaki, selepas tewas kepada atlet Thailand, Kittipong Boonmawan.
Ironinya, ini adalah kali kedua pingat emas yang dimenangi Jackie di temasya Sukan SEA, dirampas Kittipong yang sememangnya seteru utama di pentas Asia Tenggara.
“Saya terpaksa berpuas hati dengan catatan yang dibuat hari ini namun ini tak bermakna lawan saya terlalu kuat kerana beza jarak hanya 0.29 meter,” kata Jackie sejurus menamatkan balingan dalam aksi di Sukan SEA Kemboja.
Kittipong meraih pingat emas selepas melakukan balingan sejauh 64.49m, manakala Jackie perak (64.20m) dan seorang lagi atlet negara, Sadat Marzuqi Arjisan gangsa (59.49m).
Menurutnya, dia sudah melakukan sebaik yang mungkin namun mengakui kecewa gagal mempertahan pingat emas dimenangi pada temasya Hanoi.
Atlet berusia 31 tahun itu berkata, kekalahan kepada Kittipong membuatkannya lebih kuat selepas ini.
Jackie mula memenangi pingat emas baling tukul bersi di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 20017, dengan catatan 65.90m dan merakam rekod kejohanan Ketika itu, mengatasi Kittipong (65.90).
Namun pada edisi 2019 di Hanoi, Kittipong mengatasinya dengan catatan rekod baru kejohanan 67.56m, berbanding Jackie meraih perak dengan catatan 63.83m.
Jackie kembali merampas pingat emas dari Kittipong di Hanoi dengan catatan 66.49m, manakala Kittipong perak dengan 64.54m.
Kali ini, giliran Kittipong merampas emas daripadanya.