“SAYA jual sebab nak selesaikan semua urusan yang tertangguh sekian lama.”

Itu inisiatif terakhir yang terpaksa dikorbankan bekas penjaga gol negara, Jamsari Sabian apabila mahu melepaskan beberapa medal kejuaraan yang dimenanginya ketika bersama kelab MPPJ FC dari 2001-2004.

 

Status terkini yang dimuat naik Jamsari di Facebook peribadinya , hari ini.

 

“Ya Allah permudahkan urusanku. Semoga ada sudi nak membantu membeli koleksi MPPJ FC.

“Semoga ada peminat-peminat bola sepak yang berminat boleh PM (Private Message) saya,” katanya yang mengecapi tiga kejuaraan bersama Selangor pada musim 2005 – Juara Liga Premier, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia.

Jamsari yang kini berusia 45 tahun berkata, dia menunggu perkhabaran daripada pihak Istana Selangor yang mungkin berhajat memiliki koleksi itu.

KERATAN AKHBAR.. Tertera gambar Jamsari Sabian menyarung pingat kejuaraan Piala Malaysia 2005.

“Mana tau Sultan Selangor minat… sebab MPPJ FC juara 2003 ambil medal dengan Tuanku (medal yang paling kecil).

“Mana tau rezeki TMJ (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) baca dan mahu membantu. Syukur sangat-sangat,” katanya di Facebook.

 

Pembabitan bakat awalnya mula dicungkil ketika menuntut di High School Setapak (1990-1995), dengan posisi asalnya adalah beraksi sebagai pertahanan. Kemudian, jurulatihnya dapat mengesan ‘sesuatu’ sebelum menukarkan posisinya kepada penjaga gawang.

Penjaga gol tinggi lampai yang dilahirkan pada 8 September 1978 ini, memulakan kerjaya bersama pelapis Kuala Lumpur FA.

Jamsari juga merupakan antara anggota pasukan Olimpik Sydney 2000. Skuad yang dibentuk kesinambungan dari skuad Piala Dunia Remaja 1997.

Kami di FLASH SUKAN berharap agar Jamsari dipermudahkan segala urusan kehidupan dan dimurahkan rezeki selepas ini.