BINTANG dari Brazil, Neymar berjanji tidak akan bermain-main dalam kerjanya bersama Al Hilal dalam Liga Pro Saudi.
Neymar membuat kejutan besar apabila dia bersetuju untuk menyertai Al Hilal. Kehadiran Neymar menjadikan Liga Arab Saudi lebih meriah kerana bintang seperti Sadio Mane, Karim Benzema, N’Golo Kante, Riyad Mahrez dan Kalidou Koulibaly sudah pun mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo ke Arab Saudi.
Selepas menyertai Al Hilal, Neymar membuat janji dengan kelab baharunya tanpa teragak-agak. Neymar berjanji akan mengerahkan segala kemampuannya demi kegemilangan Al Hilal.
“Saya percaya apabila bercakap mengenai bola sepak, kita semua berkongsi minat yang sama seperti peminat Al Hilal. Mereka boleh mengharapkan saya untuk menolak keras di atas padang.
“Saya akan memberikan yang terbaik untuk kelab dan itulah yang selalu saya lakukan apabila berada di atas padang,” kata Neymar di akaun rasmi Al Hilal.
✈️ The “HISTORICAL” is on his way to RIYADH 💙#Neymar_Hilali#AlHilal pic.twitter.com/nYH87VI8gr
— AlHilal Saudi Club (@Alhilal_EN) August 18, 2023
Neymar juga berharap dapat membawa Al Hilal menjulang kejuaraan. Musim lalu, Al Hilal berada di tempat ketiga dalam kedudukan akhir.
“Sudah tentu. Ada objektif iaitu untuk memenangi gelaran demi gelaran, untuk memenuhi cita-cita kelab. Saya sangat bersemangat tentang itu.
“Saya teruja untuk memulakan lembaran baharu dalam karier saya, mengejar matlamat dan cita-cita kelab dan membantu rakan sepasukan saya,” kata Neymar.
Di Al Hilal, Neymar akan bekerjasama dengan beberapa bintang yang sebelum ini turut bermain di Eropah seperti Koulibaly, Ruben Neves, Sergej Milinkovic-Savic dan Malcom.