AKSI Liga Negara-Negara  Eropah menyaksikan Portugal terus menguasai takhta Liga A2 dengan kemenangan bergaya 2-0 mengatasi Czech Republic di Esadio Jose Alvalade pada Jumaat.

Pertahanan, Joao Cancelo dan pemain tengah, Concalo Guedes masing-masing menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut.

Bernardo Silva muncul arkitek semulajadi bagi membantu jaringan yang dihasilkan Cancelo dan Guedes.

Kawalan bola jelas memihak Portugal apabila mendominasi hampir keseluruhan permainan dengan 70 % manakala Czech hanya berjaya mengawal 30 peratus perlawanan.

Formasi 4-1-4-1 yang diketengah anak buah Santos jelas membuahkan hasil apabila mereka kukuh dalam bertahan dan sangat kukuh di bahagian tengah sementara Czech dilihat agak longgar di bahagian serangan dan pertahanan menyaksikan dua gol begitu mudah dibolosi.

Portugal kekal berada di takhta liga A2 dengan 7 mata diekori rapat negara jiran, Sepanyol di tempat kedua dengan 5 mata.