MARCUS Rashford melengkapkan gol ke-100 bersama pasukan Manchester United apabila tandukan tipisnya membantu Red Devils mencatat kemenangan tipis 1-0 mengatasi West Ham United dalam aksi hangat Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pagi tadi.
Jaringan tersebut juga bermakna dia berjaya menjadi pemain ke-22 yang berjaya menjaringkan gol buat United.
Ancaman diberikan West Ham turut mengundang keresahan penyokong United namun pertahanan kemas Diogo Dalot dibantu penjaga gol, David de Gea berjaya mematahkan asakan dari Kurt Zouma dan Declan Rice.
Bagi West Ham, ia merupakan mimpi terburuk buat pengendalinya, David Moyes apabila merekodkan 16 perlawanan tanpa sebarang kemenangan sejak diberikan mandat memimpin West Ham United.
100 goals for this special club! I’ve been here since I was 7 years old and came through every single age group and played on every single pitch so I want to thanks all the staff, my family and team mates that have helped make this achievement possible 💯 pic.twitter.com/GRplZmcY4y
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) October 30, 2022
Manakala, United pula berjaya merakamkan lapan rekod tanpa kalah berturut-turut dalam semua pertandingan meletakkan United berada di kelompok lima terbaik liga.
Kesimpulannya, pertemuan United bertemu West Ham di laman sendiri berlangsung seimbang namun disiplin pertahanan United menjadi agen pemisah kedua-dua pasukan.