JENAMA audio terkenal, JBL kini mengeluarkan produk terbaharu bar suara dengan kualiti sinematik serta bunyi yang luar biasa dan lebih hebat.
JBL yang dikenali sebagai pakar audio profesional melancarkan siri bar bunyi baharu dengan kerjasama All IT Hypermarket dan mampu mengujakan setiap orang yang memilikinya.
Antara bar bunyi yang dilancarkan adalah :
JBL Bar 1300, JBL Bar 1000, JBL Bar 800, JBL Bar 500 dan JBL Bar 300.
“Siri Bar JBL yang baharu akan membawa hiburan yang baru seiring dengan teknologi selain menghasilkan suasana di sekeliling bagi dirasai oleh pengguna yang berada di rumah dalam keadaan yang selesa.
“Barisan keluaran terbaharu akan menawarkan pelbagai pilihan untuk peminat jenama ini dengan memilih sendiri daripada pembesar suara DTS:X 3D atau pembesar suara tanpa wayar yang boleh dilepas, subwufer,” kata Pengarah Urusan Global Best United (M) Sdb Bhd, Henry Yap.
Dalam masa yang sama, JB Bar juga menampilkan Harman’s PureVoice sebagai teknologi yang digunakan berikutan algoritma uniknya yang mampu mengoptimumkan kejelasan suara walaupun dengan kesan suara yang kuat supaya penggemar filem dapat merasainya terutama sekali pada saat-saat plot yang kompleks.
Bukan itu sahaja, bagi peminat hiburan juga dapat melayari muzik di talian dengan menyambungkan bar suara melalui WiFi untuk menikmati lagu dari artis yang digemari melalui aplikasi JBL One.
Henry menambah, JBL membawa generasi bunyi yang seterusnya dengan pengalaman teater di rumah dan memberikan suasana 3D melalui susunan bunyi serta ditambah dengan lapisan bunyi ‘overhead’
Pengurusan Pembangunan Perniagaan JBL Malaysia menjelaskan, jenama itu kini telah mencapai satu kejayaan dalam menghasilkan pembesar suara tanya wayar (TWS).
Dengan hanya kawalan yang mudah, Bar JBL dapat disambungkan pada peranti berteknologi terkini seperti Alexa, Google Assistant atau Siri untuk memilih hiburan yang diingini.
Bar suara JBL juga boleh diakses ke lebih 300 aplikasi muzik streaming dalam talian seperti Airplay2, Alexa MRM dan Chromecast selain daripada radio internet serta podcast.
Keluaran JBL itu sendiri digunakan oleh pelanggan yang profesional seperti separuh daripada dunia perfileman, stadium sukan dan serta di konsert.
Selain itu, JBL juga peka terhadap berkembangnya penggunaan pembesar suara mudah alih, fon kepala, dan pembesar suara teater dalam dunia ketika ini khususnya buat audiophiles, digital natives dan e-atlet.