JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menutup aksi pramusim mereka di Dubai dengan kekalahan apabila tunduk 0-3 kepada juara Liga Russia, Zenit St Petersburg dalam aksi persahabatan pada Isnin.

Zenit membuka tirai jaringan menerusi  Rodrigo pada minit ke-10 sebelum seorang lagi pemain dari Brazil, Malcom menambah gol kedua, lima minit kemudian.

Pemain tengah, Danila Kozlov terus mengukuhkan kedudukan buat Zenit apabila meledak gol ketiga pada minit ke-31.

Biarpun mendapat sepakan penalti pada minit ke 87, Safiq Rahim terlepas peluang keemasan untuk meledak gol pertama JDT sekaligus Harimau Selatan terkulai tewas 0-3.