PERTEMBUNGAN di antara Johor Darul Takzim FC II menentang Selangor FC II pastinya menarik untuk diperkatakan apabila malam ini kedua-duanya bakal ditemukan dalam aksi Stadium Bandaraya Pasir Gudang.

Mana tidaknya, kedua-dua pasukan tampil dengan rekod hanya  tewas dua perlawanan sebelum ini.

Meskipun masih jauh dari penamat liga, namun permulaan yang baik penting untuk momentum setiap pasukan.

Selangor FC II dilihat masih tercari-cari rentak sebenar apabila hanya mampu mencatat dua kemenangan, tiga seri dan dua tewas manakala JDT FC II mencatat enam kemenangan, tiada seri dan dua tewas.

Prestasi semasa jelas menunjukkan JDT FC II tidak berdepan masalah untuk menundukkan pasukan dari barat tanah air itu.

Kelebihan bermain di laman sendiri pasti dimanfaatkan sebaik mungkin JDT FC II untuk merampas takhta liga dengan menundukkan Selangor FC II.

Selangor FC II kini masih bergelut di tempat ke-7 liga dengan 9 mata manakala JDT FC II kini di tempat kedua Liga dengan 18 mata.

Kedua-dua pasukan pastinya menginginkan tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan masing-masing dalam Liga Premier.