SATU minit tafakur memperingati kematian mendiang P.Rajes tidak dapat memberikan semangat tambahan buat para pemain PJ City FC apabila terpaksa akur dengan kehebatan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi pertama peringkat 16 terbaik Piala Malaysia.
Sebaliknya JDT pulang ke Iskandar Puteri dengan bekalan selesa selepas jaringan Shahrul Saad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Fernando Forestieri cukup untuk memberikan kemenangan 4-0 buat Harimau Selatan menjelang aksi timbal balik.
JDT yang hanya turun dengan seorang pemain import, Leandro Velasquez nyata tidak mempunyai masalah apabila menguasai sebahagian besar permainan meskipun sesekali diancam barisan serangan PJ City diketuai Darren Lok.
Keputusan Masa Penuh
PJ City FC 0-4 Johor Darul Ta'zim
⚽ Shahrul Saad 4', Safawi Rasid 39', Akhyar Rashid 70', Fernando Forestieri 79'#YakiniLokal#LuaskanKuasamuJohor#TMPialaMalaysia2022
photo by : khairul akma pic.twitter.com/tifs7ZkI6Y
— Flash Sukan (@FlashSukan) October 26, 2022
Pemain-pemain tempatan Harimau Selatan dilihat ingin membuktikan kemampuan mereka kepada Hector Bidoglio apabila bermain sepenuh tenaga sepanjang perlawanan
Jaringan Shahrul Saad pada awal perlawanan nyata membangkitkan semangat para pemain JDT sebelum Safawi Rasid menggandakan kedudukan beberapa minit sebelum tamat babak pertama.
Kemasukan Akhyar Rashid pada separuh masa kedua menambah tekanan buat The Phoenix apabila dia menjaringkan gol ketiga apabila menyudahkan hantaran satu dua bersama Leandro Velasquez.
70' GOL | Akhyar Abdul Rashid menjaringkan gol ketiga JDT!@pjcityfc 0-3 @OfficialJohor #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/hQ3oSfM4yz
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 26, 2022
2,747 hadir ke Stadium MBPJ dengan kesemua jumlah jualan tiket perlawanan ini diberikan kepada keluarga mendiang disajikan gol keempat JDT menerusi Fernando Forestieri yang menerima hantaran Arif Aiman Hanapi.
Kemenangan ini seakan-akan meletakkan JDT selangkah ke peringkat suku akhir dengan PJ City dan P.Maniam mempunyai tugas yang sangat sukar untuk memadam defisit empat gol di Stadium Sultan Ibrahim pada 31 Oktober.