SKUAD Harimau Selatan dengan bersahaja menundukkan pasukan Kuching City FC dalam aksi Liga Super untuk memberi keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Khamis.
Kuching City yang diasak dari awal minit permainan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melihatkan sedikit tekanan kepada pemain mereka namun bahagian pertahanan tetap kebal dengan ancaman bertubi-tubi di hadapan gawang gol Kuching.
JDT yang mencari peluang untuk membuka tirai jaringan akhirnya berjaya setelah rembatan jauh oleh Bergson Da Silva pada minit ke-34 menuju tepat ke arah pintu gol pihak lawan.
Tidak dinafikan bahawa walaupun ketiadaan tunggak utama JDT iaitu Arif Aiman Hanapi, skuad kendalian Esteban Solari itu masih mempunyai wira yang lain untuk menghadiahkan gol buat pasukannya.
Perkara itu dibuktikan melalui sepakan percuma yang diambil oleh Juan Muniz sekali gus berjaya membolosi penjaga gol Kuching City FC, Wan Muhammad Azraie pada minit ke-42 sebelum tamat separuh masa pertama.
Sambung ke babak kedua perlawanan, tiada jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua belah pihak dan keputusan 90 minit perlawanan terus terikat dengan mata 2-0.
Kemenangan ke-23 JDT dalam aksi Liga Super malam ini telah mengekalkan legasi kekuatan mereka walaupun pernah seri 3-3 dalam satu perlawanan bersama Kedah FC sebelum ini.
Untuk aksi seterusnya, skuad yang kukuh di kedudukan teratas Liga Super bakal bertemu dengan pasukan Sri Pahang FC pada 3 Disember manakala Kuching City FC yang menduduki tangga ke-13 bakal berdepan KL City FC pada 10 Disember 2023.