KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali menjalani latihan pasukan sebagai persiapan mengharungi saingan Liga Malaysia 2022 yang akan bersambung minggu depan.

Kelibat beberapa bintang JDT antaranya, Aidil Zafuan, Izham Tarmizi, Moussa Sidibé dan Bergson da Silva dapat dilihat menjalani latihan yang diadakan di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor.

“Mari kita mulakan. Masa untuk latihan!,” menurut perkongsian laman rasmi pasukan, Johor Southern Tigers pada Rabu.

Pertembungan Liga Super antara Kedah menentang JDT sepatutnya berlangsung pada 19 Jun ini, namun dipinda ke satu tarikh baharu.

Ketika ini JDT berada di landasan tepat untuk meraih kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

Skuad Harimau Selatan menerajui takhta liga dengan mengumpul 16 mata setelah mengharungi enam perlawanan.

Barisan anak didik Benjamin Mora turut berada di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia.