JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melancarkan jersi ketiga untuk musim Liga Malaysia 2024-25 menjelang kempen pramusim di Sepanyol dan Hari Raya Aidilfitri dengan memilih hijau florescent sebagai warna utama.
Jersi keluaran Nike itu diperagakan oleh Romel Morales, Arif Aiman Hanapi, Jalil Elias dan Nazmi Faiz Mansor dalam video pelancaran berdurasi 33 saat yang dimuat naik laman sosial rasmi kelab.
Harimau Selatan kini sedang giat menjalani latihan pramusim dengan melayan kunjungan balas Lion City Sailors dari Singapura dalam satu lagi aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.
The Johor Darul Ta'zim FC 2024-25 third kit! 😍
—
Now available at JDT Direct at Sultan Ibrahim Stadium pic.twitter.com/iZhOffCcb3
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 7, 2024
Dengan pelancaran jersi ini, para penyokong yang hadir ke stadium untuk perlawanan itu boleh terus mendapatkan jersi terbaharu ini yang dijual di JDT Direct, kedai cenderahati rasmi kelab yang terletak di kawasan stadium.
Selain itu ianya juga mungkin boleh digunakan oleh penyokong yang membuat pembelian awal sebagai busana Hari Raya menjelang sambutan Aidilfitri yang hanya berbaki tiga hari.
Jersi itu juga kelihatan kemas dan menyerupai beberapa kelab yang beraksi di La Liga, Sepanyol yang mungkin juga tanda persiapan pasukan menghadapi kem latihan pramusim JDT di Melia Villaitana Football Center, Alicante, Sepanyol dari 14 hingga 30 April.