JOHOR Darul Ta’zim (JDT) FC membenam tuan rumah, Negeri Sembilan FC dengan keputusan 7-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Paroi.

Masih belum reda dengan aksi Liga Perdana Inggeris apabila Manchester United turut dimalukan Liverpool 7-0.awal pagi Isnin, kini skrip yang sama berlaku di Paroi.

Bermula minit ke-4 Corbin Ong hampir meletakkan pelawat di hadapan dengan satu hantaran mengelirukan namun gagal disambar mana-mana pemain JDT untuk gol pembukaan pelawat.

Shane Lowry sekali lagi hampir memecah kebuntuan selang beberapa minit kemudia menerusi set pieces sepakan percuma yang cemerlang ditampan keluar penjaga gol Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi.

Minit ke-17, JDT terus mengasak dan hampir memperoleh gol pertama menerusi Fernando Forestieri namun cubaannya melambung tinggi.

Minit ke-20 , JDT memecah kebuntuan menerusi tandukan tepat Fernando Forestieri sekaligus menyaksikan JDT mendahului 1-0 di hadapan.

Minit ke-24, Pengendali JDT, Esteban Solari terpaksa membuat pertukaran dengan mengeluarkan Leandro Velasquez dan menggantikan dengan Juan Muniz Gallego.

Negeri Sembilan FC bagaimanapun hampir menyamakan kedudukan apabila Anselmo Arruda Da Silva merembat kencang namun sedikit melewati bahagian atas palang gol JDT.

Lima minit menuju penghujung babak pertama, Diogo Luis Santo menggandakan jaringan kedua untuk JDT dengan satu rembatan volley yang telah diukur rapi pada minit ke-40.

Sebaik babak kedua bermula, JDT terus bernafsu memburu gol apabila Fernando Forestieri serta Arif Aiman Hanapi masing-masing melengkapkan gol ketiga dan keempat pelawat bagi melengkapkan malam gemilang Harimau Selatan.

Bagaikan dirasuk, JDT terus menunjukkan keghairahan mereka dengan gol kelima hasil hantaran Forestieri yang ditanduk kemas Corbin Ong pada minit ke-67.

Gol keenam pelawat hadir apabila bola muntah penjaga gol Negeri Sembilan FC, disambar pantas Endrick Dos Santos untuk gol keenam JDT.

Corbin Ong terus menjadi duri dalam daging apabila menyumbat gol ketujuh pelawat sekaligus menyamai rekod kemenangan Liverpool yang membenam Manchester United 7-0.

Kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat menyaksikan JDT terus meluaskan kuasa mereka dalam saingan Liga Malaysia sebagai pasukan terkuat yang sukar dicabar lawan.