JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin yang sedang dilanda peperangan dengan mendermakan kesemua wang kutipan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim sehingga hujung musim ini kepada Tabung Kemanusiaan Palestin.
Menerusi hantaran yang dimuatnaik di laman sosial rasmi kelab, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alistair Edwards berkata pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkah perkara tersebut sebagai tanda solidariti dan juga rasa sedih keatas apa yang menimpa rakyat Palestin.
“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menitahkan agar kesemua kutipan tiket perlawanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri sehingga penghujung musim disalurkan ke tabung kemanusiaan Palestin. Kelab ini amat berdukacita dengan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dalam peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah,” tulis kenyataan itu.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor has decreed for Johor Darul Ta'zim FC (JDT) to channel all tickets proceedings from our home matches until the end of the season to humanitarian efforts in Palestine. The club is deeply saddened by the loss… pic.twitter.com/cBSTohHS6O
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 1, 2023
Ini bukanlah kali pertama langkah seperti ini dilakukan oleh JDT dengan sebelum ini pernah mendermakan kutipan tiket kepada Tabung Bencana Negeri Johor, tabung COVID-19 untuk barisan hadapan selain tanda berdukacita kepada tragedi yang melanda krew kapal selam Indonesia, KRI Nanggala.