GANDINGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ke saingan separuh akhir di pentas Jelajah Dunia Akhir 2023 Hangzhou, China sejurus menyaksikan kepulangan awal mereka dengan tangan kosong.
Menang di set pertama, tetapi malangnya mereka tidak berjaya mengekalkan momentum dan perkara itu mengheret kepada kekalahan buat kali ketiga berturut-turut dalam peringkat Kumpulan A.
Pasangan nombor tiga dunia itu tumbang 21-18, 14-21, 12-21 kepada pasukan pilihan tuan rumah dan pemain nombor satu dunia Liang Weikeng-Wang Chang di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou.
Kekalahan itu menamatkan harapan Aaron-Wooi Yik untuk mara ke suku akhir buat kali pertama.
Terdahulu, gandingan negara itu tewas 16-21, 21-14, 18-21 kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun dan kemudian tumbang tipis 21-19, 18-21, 20-22 kepada tuan rumah dan juara bertahan Liu Yuchen-Ou Xuanyi dalam kumpulan awal perlawanan.
Mereka kini menduduki tangga tercorot di Kumpulan A manakala kedua-dua beregu dari China, Liu Yu Chen-Xuan Yi dan Wei Keng-Chang Wang berjaya mara ke pusingan seterusnya.
Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang merupakan wakil beregu Jepun pula terpaksa akur apabila turut menerima nasib sama seperti Malaysia setelah tumpas pada beregu China juga, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dengan keputusan 12-21 17-21.
HSBC BWF World Tour Finals 2023
MD – R3
🇨🇳LIANG Wei Keng🏅
18 21 21 🇨🇳WANG Chang🏅
🇲🇾Aaron CHIA
21 14 12 🇲🇾SOH Wooi Yik🕚 in 61 minutes
— BWFScore (@BWFScore) December 15, 2023
Sejak menukar nama kepada BWF Jelajah Dunia Akhir pada 2018, tiada pemain negara yang berjaya menjadi juara.
Sementara itu, ketika masih digelar BWF Super Series Finals, pemain Malaysia terakhir menjuarai kejohanan elit pada penghujung tahun itu adalah Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada 2016.