PILIHAN utama, Loh Chee Kiat-Muhamad Amzar Hakimi Akbar terpaksa bekerja keras dalam aksi beregu lelaki bawah 16 tahun sebelum menang 19-21, 21-16, 21-10 ke atas Ryan Ee Jian Han-Wan Muhammad Darwisy Wan Hadelee dalam Kumpulan A pusingan kedua Jelajah Elit Junior Affin-100PLUS 2023.
Perlawanan itu berlangsung selama 45 minit sebelum Chee Kiat-Muhamad Amzar berjaya menempah slot ke suku akhir esok.
Branson Hee Hek Fung-Roslie Razeeq Danial menepati kedudukan pilihan kedua mereka dengan kemenangan 23-21, 21-14 mengatasi Mohd Fairuz Rizuan Mazeland-Muhammad Shazmir Irfan Shahrul.
Pilihan ketiga Low Quan Yi-Muhamad Adam Haris Muhamad Safarol turut berada di landasan kemenangan dengan menang straight set 21-19, 21-10 ke atas Goh Yee Zhe-Muhamad Sahreeezwan Shahidi dalam masa 22 minit sahaja.
Bagaimanapun, pasangan pilihan keempat Tiew Wei Jie-Tiew Yi Cheng gagal mendapat tempat ke pusingan seterusnya apabila mereka tunduk kepada Lim Sheng Yin-Loh Kim Sheng 17-21, 11-21.
Dalam beregu perempuan bawah 16, pasangan utama Christine Lam Mei He-Giovanna Koay Yi Shyuan mengalami kekalahan straight set 11-21, 13-21 kepada Cheng Pei En-Leong Jing Ee.
Sebaliknya, pilihan kedua Ho Jia Ning-Shaneesa Shahidi mengesahkan laluan ke suku akhir dengan kemenangan mudah 21-12, 21-12 ke atas Ashlyn Chee Shanfeng-Teoh Yee En.
Pasangan pilihan ketiga Eng Ler Qi-Sheyeon Wong E-Shwen mengatasi Lacrissa Chiong-E. Manissha 21-11, 25-23 manakala Kalishvaran Nilasha-Kumaresan Reesha tidak berdepan masalah menyingkirkan Lee Rui Ci-Neoh Rui En, 21-4, 21-9.