TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim turun merasmikan Majlis Pelancaran Jelajah Kopi Bermuzik (JKB) yang bertempat di Starbucks Reserve Tropicana Gardens Mall, petang Jumaat.
JKB merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Rakita 107.9 dengan kerjasama Starbucks dan Yoodo, turut menyokong adalah gaya hidup Rakan Muzik dibawah program Rakan Muda.
Menurut Adam Adli, matlamat utama program jelajah ini supaya KBS dapat memperluaskan lagi penglibatan anak muda dengan penyertaan aktif dalam gaya hidup yang seronok, bertenaga dan bermakna.
“Golongan belia perlu diberi keutamaan dalam jelajah ini supaya dapat membuka peluang kepada mereka yang berbakat lebih-lebih lagi dalam industri muzik.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Rakita 107.9 kerana tampil dengan Jelajah Kopi Bermuzik dimana akan ada lima buah lokasi Starbucks yang terpilih untuk program jelajah ini.
“Antara kelebihan buat peserta yang menyertai program ini nanti ialah mereka layak mendapat diskaun sebanyak 20 peratus untuk kesemua minuman Starbucks sepanjang program jelajah sedang berlangsung,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran.