THE Malay College Kuala Kangsar (MCKK) akan kembali menganjurkan Kejohanan Rabgi MCKK Premier 7s (P7s) selepas kali terakhir diadakan pada 2020.
Kejohanan P7s edisi 2023 akan berlangsung selama tiga hari dari 29 September hingga 1 Oktober 2023.
Kejohanan yang pastinya menarik ramai peminat sukan ragbi bakal menyaksikan saingan sengit dengan kehadiran pasukan antarabangsa seperti dari negara Jepun dan Indonesia bagi merebut mahkota kejuaraan MCKK P7s buat kali-11 penganjurannya.
Saingan tiga hari itu juga bakal menyaksikan kehadiran semula juara-juara edisi terdahulu seperti Maktab Sultan Abu Bakar (EC) Johor Bahru, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), serta tuan rumah MCKK.
Bagaimanapun, kehadiran pasukan seperti Maktab Tentera Diraja (MTD), SMK Victoria (VI) Kuala Lumpur dan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya tidak boleh dinafikan untuk bergelar juara.
Pada edisi 2020, EC dari Johor Bahru muncul juara buat kali pertama selepas menewaskan skuad pilihan, Sekolah Sultan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dengan keputusan dramatik 15-12 dalam aksi akhir.
Kemenangan bergaya EC membolehkan pasukan itu menjulang trofi berprestij, NJ Ryan buat pertama kali sejak kejohanan ragbi peringkat remaja itu diperkenalkan pada edisi 2011.