JARINGAN besar tercipta pada perlawanan separuh akhir hoki lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, sebelum dua pasukan gergasi, Jerman dan Belanda, mengesahkan tempat ke final untuk merebut pingat emas, pada Jumaat.

Stadium Yves du Manoir dipenuhi penyokong Belanda, Sepanyol, Jerman dan India awal pagi tadi, bagi menyaksikan empat pasukan itu beraksi dengan separuh akhir pertama menemukan Belanda dan Sepanyol.

Pemain hoki lelaki Belanda meraikan kemenangan ke atas Sepanyol.| FOTO FIH

Skuad Orenje meraih kemenangan bergaya 4-0 ketika mendominasi perlawanan.

Meskipun tewas kepada Belanda, Sepanyol boleh mengubat kedukaan dan menaiki podium sekiranya memenangi perlawanan penentuan pingat gangsa pada Khamis (esok).

Jerman lega melepasi perlawanan sukar separuh akhir menentang India.| FOTO FIH

Dalam pada itu, satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan India terpaksa menerima kekalahan memeritkan apabila perlawanan pingat emas yang diidamkan terlepas dari genggaman pada minit-minit akhir perlawanan ketika Jerman mengatasi mereka 3-2.