DATUK Azizulhasni Awang menutup tirai saingan trek di Hong Kong dengan kejayaan penuh gemilang, apabila melengkapkan penyertaan di kejohanan Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II, dengan pingat emas keempat menerusi acara pecut.

Pada perlumbaan final hari ini, Azizulhasni menewaskan pelumba Korea Selatan berusia 21 tahun, Kang Seojun.

Azizulhasni tewaskan Kang Seojun dari Korea Selatan di final pecut, Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II./Pix FB Azizulhasni Awang

Kejayaan Azizulhasni itu lebih manis apabila rakan senegara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis turut menaiki podium, memenangi pingat gangsa selepas mengatasi pelumba Kazakhstan, Chugay Andrey.

Amber Yong raih emas ketiga di Hong Kong apabila memenangi perlumbaan keirin remaja wanita di , Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II./Pix FB Azizulhasni Awang

Turut mengikut jejak kecemerlangan Azizulhasni, pelumba remaja negara, Amber Yong yang meraih emas ketiga di Hong Kong apabila memenangi perlumbaan keirin remaja wanita.

Dia mengatasi pencabar dari Singapura Valencia Tan yang memenagi pingat perak, manakala pelumba Taiwan, Lin Jhih Yan menang gangsa.