DATUK Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2024 di Velodrom Anna Meares Brisbane, Australia hari ini.

Kemenangan itu dicapai jaguh berbasikal negara itu, sekali gus menebus kehampaannya yang terkandas di suku akhir acara pecut lelaki, semalam.

Datuk Azizulhasni Awang bersama pingat dimenanginya.

Pingat emas dimenangi juara Sukan Komanwel 2022, Matthew Richardson, manakala Matthew Glaetzer (Australia) meraih perak.

Pada suku akhir acara pecut semalam, The Pocket Rocketman tewas 0-2 kepada Glaetz di kejohanan yang berlangsung selama lima hari dan berakhir pada 5 Mac.


“Alhamdulillah syukur saya mendapat pingat gangsa dalam keirin di Kejohanan Kebangsaan Australia.

“Perlumbaan sangat laju dengan catatan 9.57s untuk 200m terakhir,” kata Azizulhasni.