JURUCAKAP Menteri Luar Negara Taiwan, Joanne Ou berterima kasih kepada pihak penganjur Piala Dunia, Qatar setelah menghapuskan persamaan antara China dan Taiwan bagi urusan permohonan visa dan pengenalan pelawat yang hadir menyaksikan kejohanan tersebut.
Kesemua pemegang tiket dikhabarkan perlu memohon sebelum menggunakan kad ‘Hayya’ yang juga merupakan visa Qatar bagi mengenalpasti penyokong yang hadir menyaksikan aksi Piala Dunia.
Sementara itu, Taiwan turut mengambil kira usaha pihak penganjur menggugurkan penggunaan nama China yang dikaitkan sama dengan Taiwan sebelum ini.
Perkara tersebut jelas menggembirakan rakyat Taiwan kerana penggunaan nama ‘Taiwan, Province of China’ digantikan dengan hanya ‘Taiwan’ sekaligus memartabatkan negara mereka sebagai negara merdeka.
Pemindahan nama itu jelas mengesahkan penerimaan negara-negara lain dengan meletakkan Taiwan dan China yang sebelum ini mempunyai perkaitan kini telah mempunyai identiti tersendiri.
Ia merupakan sejarah paling bermakna dan disifatkan sebagai perkembangan positif kerana mereka tidak lagi di bawah taklukan China.