PETINJU muaythai negara, Johan Ghazali mencipta sejarah fighter termuda negara apabila berjaya mendapatkan kontrak daripada ONE Championship bernilai USD100,000.

Atlet berusia 16 tahun asal Sarawak tahun itu berjaya meraih kontrak lumayan selepas menundukkan lawannya dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev dalam ONE Friday Fights 36, pada Jumaat.

Dalam pertarungan sengit itu, Johan Ghazali atau Jojo Ghazali berjaya melepaskan tumbukan bawah ke arah dada Bekmurzaev. Jojo memenangi perlawanan tersebut secara knock out pada pusingan kedua dan turut membawa pulang hadiah kemenangan bernilai 350,000 Baht.

”Ini gila, saya akan memasuki usia 17 tahun pada bulan hadapan. Saya mendapat kontrak ONE Championship sebelum saya memiliki lesen memandu, jadi ini sangat gila,” katanya.

Johan Ghazali sebelum ini pernah menggemparkan seluruh sukan muaythai apabila dirinya berjaya menumpaskan lawan dengan KO dalam masa 16 saat sahaja.

Dia kini mempunyai rekod bersih kemenangan 4-0 sepanjang kariernya bersama kejohanan tersebut. Selain Bekmurzaev, lawan lain yang pernah ditumbangkan sebelum ini adalah Samurai Seopal , Tai Sor Jor Piek Uthai dan Padetsuk Fairtex yang kesemuanya berasal dari Thailand.

Anak kacukan Malaysia dan Amerika Syarikat yang berbakat ini memulakan latihan muaythai secara serius pada usia seawal 9 tahun.

Biodata :

Nama penuh: Muhammad Johan Ghazali Zulfikar
Nama gelaran: Jojo
Ketinggian: 170 cm
Tarikh Lahir: 11 November 2007
Tempat Lahir: Sarawak
Pendidikan: Sebelum ini Jojo bersekolah di SMK St Thomas, Kuching.
Nama Bapa: Zulfikar
Nama Ibu: Jennana Johnson
Kejayaan besar: Berjaya tumpas 2 lawan dengan KO dalam One Championship.