PEMAIN kebangsaan Indonesia, Jordi Amat dilaporkan akan menyertai kelab liga utama Turki, Trabzonspor pada musim 2023/2024.

Trabzonspor baru sahaja bermain perlawanan pertama dalam Liga Super Turki musim ini dengan menewaskan Antalyaspor 1-0.

Selain meraih kemenangan, jurulatih Trabzonspor itu dikatakan kurang selesa dengan skuad sedia ada. Jurulatihnya, Nenad Bjelica dikatakan mahukan pemain baharu.

Salah seorang pemain dalam senarai dikehendaki Bjelica ialah Jordi yang kini bersama skuad Johor Darul Ta’zim. Cadangan Bjelica kemudiannya mendapat lampu hijau daripada Trabzonspor.

Komunikasi antara kelab telah diwujudkan dan persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak. Menurut laporan media Turkiyegazetesi, Jordi akan datang ke Turki minggu ini untuk menandatangani kontrak.

Jordi, yang hanya bermain untuk JDT sejak 2022, sebelum ini mengalami pengalaman buruk di pelbagai kelab Eropah ketika bersama Espanyol, Rayo Vallecano, Swansea City, Real Betis dan Eupen.

Sejak memegang status warganegara Indonesia, Jordi telah tujuh kali beraksi dalam skuad Garuda dan menjaringkan satu gol.

Image

Selain menanti Jordi, Trabzonspor turut menunggu penyerang pasukan kebangsaan Croatia, Bruno Petkovic. Proses perpindahan Petkovic dikatakan diketepikan dahulu berbanding Jordi kerana masih diteruskan minggu ini.

Kali terakhir Trabzonspor memenangi Liga Super Turki adalah pada musim 2021/2022. Selain itu, skuad yang diberi jolokan Karadeniz Firtination itu juga pernah menjuarai Piala Turki dan Piala Super Turki sejak dua tahun lalu.