FOTO : JOHOR Southern Tigers
BAKAL pemain naturalisasi Indonesia, Jordi Amat tidak sabar untuk mendapatkan pasport Indonesia supaya dapat memperkuatkan pasukan kebangsaan Merah Putih dalam pelbagai pertandingan antarabangsa.
Jordi,30 kini hanya menghitung hari untuk mendapatkan status warganegara Indonesia, memandangkan proses naturalisasi sudah hampir selesai. Jika tiada masalah, Jordi akan mengangkat sumpah pada bulan ini.
Dia yang juga pemain Johor Darul Tak’zim (JDT) mendedahkan akan memberikan jersi pertamanya bersama pasukan kebangsaan untuk neneknya, Isje yang telah memperkenalkan diri ke Indonesia.
Ujar Jordi lagi, neneknya amat berbangga kerana cucunya itu dapat memperkuatkan skuad Garuda.
“Jersi pertama saya dalam pasukan kebangsaan saya akan berikan kepada nenek saya. Tahap keterujaan adalah luar biasa.
“Saya perasan bahawa semasa kami bercakap melalui beberapa aplikasi. Baginya, memperkenalkan cucunya ke Indonesia adalah sesuatu yang sangat-sangat besar,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebaik sahaja proses naturalisasi selesai, peluang pertama Jordi untuk memperkasakan pasukan senior kebangsaan Indonesia adalah menghadapi saingan Piala AFF 2022 yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.